26 March 2013


FASA PELAKSANAAN SARINGAN LINUS TAHUN 1,2 DAN 3 TAHUN 2013
Dua saringan LINUS Numerasi  dan Literasi  iaitu Saringan  1  dan Saringan  2  akan
dilaksanakan untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 mulai tahun 2013.
Saringan 1 
Saringan Lisan
Diadakan pada 10 Mac – 19 Apr 2013
Saringan Bertulis
Diadakan pada 21 – 30 April 2013

Saringan 2 
Saringan Lisan
Diadakan pada 1 – 27 Sept 2013
Saringan Bertulis
Diadakan pada 29 Sept  – 11 Okt 2013

LINUS 2.0


Kepada semua Guru Penyelaras Program LINUS,
Sekolah-sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor.

Tuan/Puan,
PELAKSANAAN PROGRAM LINUS 2.0:LITERASI BAHASA MELAYU DAN NUMERASI SERTA PELAKSANAAN LITERASI BAHASA INGGERIS MULAI 2013

Untuk makluman semua guru, atas kejayaan pelaksanaan program di bawah GTP 1.0, maka inisiatif ini diteruskan dengan program GTP 2.0 dan diperluaskan skopnya dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen Literasi, manakala komponen numerasi kekal seperti sedia ada.

  • Mulai tahun ini ,pelaksanaan LINUS dikenali sebagai LINUS 2.0 di mana murid-murid hanya menduduki 2 saringan sahaja setiap tahun dari tahun 1 hingga 3.
  • Murid dikategorikan kepada MENGUASAI dan TIDAK MENGUASAI dan tidak lagi dilabelkan sebagai  murid arus Perdana,LINUS dan LINUS Tegar.

21 September 2012

PELAKSANAAN SARINGAN 3 / 6 & 9 - TAHUN 2012


Dengan segala hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

2.             Pelaksanaan Saringan 9 (Kohort 1), Saringan 6 (Kohort 2) dan Saringan 3 (Kohort 3) , Program Literasi dan Numerasi (LINUS) bagi tahun 1 dan tahun 2 akan dilaksanakan seperti ketetapan surat rujukan KP.LP.007.03.6 (24), bertarikh 3 Ogos 2012.

3.             Tarikh  Pelaksanaan Saringan 9 (Kohort 1), Saringan 6 (Kohort 2) dan Saringan 3 (Kohort 3), Program LINUS tersebut akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut  :
               
Saringan
Tarikh
Saringan Lisan Literasi dan Numerasi
23SEPT Hingga 12 OKT 2012
Saringan Bertulis Literasi dan Numerasi
14 - 19 OKT 2012
TARIKH PENGISIAN DATA SARINGAN
22 OKT - 02 NOV 2012


4.             Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak tuan diminta untuk muat turun Manual Am Saringan, Manual Instrumen Saringan Lisan dan Bertulis dan Instrumen Saringan Lisan  ("softcopy") di email Unit LINUS, PPD Hulu Selangor di alamat linusppdhs@gmail.com

5.             Sehubungan itu, pihak sekolah dikehendaki mencetak Manual Am Saringan, Manual Instrumen Saringan Lisan dan Bertulis dan Instrumen Saringan Lisan untuk kegunaan guru. Manakala Instrumen Saringan Bertulis akan dicetak dan diedarkan oleh PPD Hulu Selangor kelak.

6.             Pihak tuan juga diminta menghantar semula Borang Akuan Terima (Borang T) yang telah dilengkapkan kepada PPD Hulu Selangor (U/P : Tn. Hj. Azman B. Abdul Rashid) dalam tempoh 14 hari bekerjaSekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak tuan bolehlah berhubung dengan Pegawai FasiLINUS, PPD Hulu Selangor di talian 03-60641881. Kerjasama tuan dalam menjayakan perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

SURAT PELAKSANAAN SARINGAN 3 / 6 & 9 - MURID TAHUN 1 / 2 & 3 - TAHUN 2012